Mesti ada kuasa yang lebih besar... setiap insan yang berakal tidak akan mempersia-siakan umur dan akalnya, menghargai akal dan menggunakan akalnya bahawa ALLAH S.W.T. Maha Mengetahui dan Maha Meneliti segala perbuatan hamba-NYA baik yang tersimpan di dalam lipatan hati atau pun yang telah terkeluar sebagai amalan dan perbuatan...
Bahawa setiap jiwa akan dituntut, didakwa dan ditanya nanti di atas detik-detik dan tiap degup jantung dan tindak tanduknya di dunia walaupun sekecil debu bahkan lebih halus dari itu...
Kata Imam Ghazali, "Alangkah bahagianya seorang yang suka membuat perhitungan pada dirinya sendiri sebelum diperhitungkan amalannya pada hari kiamat nanti." Katanya lagi," Setiap hembusan nafas yang dikeluarkan dari hidung adalah rangkaian umur yang pasti akan ada penghabisnya. Setiap detik nafas itu bagaikan mutiara yang tinggi nilainya dan tidak ada gantinya apabila telah dilepaskan dan tidak dapat dikecapi lagi sekalipun dengan segudang harta karun".
No comments:
Post a Comment