Monday, June 16, 2008

sehelai uban di kepala bhg 2


Rasullullah s.a.w. bersabda," Fikirkan sajalah akan makhluk (apa-apa yang diciptakan oleh ALLAH S.W.T.) dan janganlah kamu semu memikirkan akan zat-NYA ALLAH S.W.T.

Hati berkata," Dari perumpamaan (contoh) bertambahlah ilmu pengetahuan dari mengingati bertambahlah kecintaan dan dari berfikir bertambahlah ketakutan pada TUHAN."

Setiap insan tidak akan terlepas dari empat perkara iaitu, ketaatan kepada ALLAH S.W.T., keengkaran (kemaksiatan), kerosakan dan keselamatan.

Jadikan amalan, setelah selesai mengerjakan solat subuh... berdialoglah kita pada diri kita dan didiklah hati kita ke jalan yang diredhai oleh ALLAH S.W.T. dan hendaklah selalu bertanya (mengetuk pintu hati) pada diri kita: Untuk apa hidup ini?

No comments: