Tuesday, July 2, 2013

sahabat Rasulullah s.a.w. yang masih hidup ke hari ini...

assalam.


lama tak buat entri. terlalu asyik dengan kehidupan. hari demi hari, tiba-tiba sahaja beberapa Ramadhan telah berlalu. namun aku tetap bersyukur ke hadrat ILLAHI kerana masih diberikan kesempatan untuk rukuk dan sujud pada-NYA, sedangkan diri aku ini insan yang penuh sarat dengan dosa-dosa. Takut aku untuk bertemu dengan-NYA kerana merasakan betapa kerdil dan hinanya diri ini. 

Semoga titipan sini menjadi amal bekal buatku sebelum ke alam sana. Ya ROBBi, ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapa dan mertuaku, dosa isteriku dan dosa anak-anak kami yang tercinta.

alhamdulillah... ALLAH SWT telah menyampaikan diri ke kota suci-NYA dan bertemu kekasih abadi, Baginda Nabi tercinta, Rasullullah s.a.w. di Masjidil Nabawi tanpa mengeluarkan barang sesen pun. mungkin di celah-celah kehidupan lalu aku pernah lakukan suatu kebaikan sehinggakan ALLAH SWT menganugerahkan aku dengan rezeki dengan sebegitu rupa... syukur Ya ALLAH SWT.  




dan semenjak kepulanganku, rindu untuk ke sana semakin mendesak. saban hari aku menahan hiba dan rajuk. di bumi barakah itu terasa bermakna, selamat, tenang dan dekat dengan TUHAN kita, ALLAH SWT dan kekasih-NYA, Nabi Muhammad Rasullullah s.a.w. 

mungkin di sana maksud kehidupan sebenar. semoga aku cepat-cepat kembali ke sana. jika aku ditakdirkan mati... biarlah ketika itu di sana saat aku sedang beribadah kyusuk kepada-NYA... amin.

Entri kali ini tentang sahabat Rasululah s.a.w. yang kekal masih hidup hingga ke hari ini. walaupun hidup aku hampir separuh abad, aku masih hairan dengan sesuatu yang tidak pernah aku ketahui selama ini. sahabat yang aku maksudkan adalah pohon 'SAHABI' - pohon SAHABAT.

untuk pengetahuan semua, pohon ini terletak di bahagian utara padang pasir Jordan. ia merupakan laluan dari Makkah untuk ke Syria. 150km radius kawasan ini langsung tidak terdapat sebarang pohon lain. pohon Sahabi ini besar, teguh dan segar walaupun pada hakikatnya ia dihaba terik mentari, bumi gersang dan tanah tandus.  




alkisah, seorang pendeta alim agama Nasrani bernama Bahira yang tinggi lagi mendalam ilmunya. beliau meramal akan hadir seorang Nabi hebat yang bakal berteduh di bawah pohon ini. sebab itu, Bahira telah menetap di sekitar kawasan pohon ini untuk menanti hadirnya Nabi mulia; iaitu satu 'Nama Besar' yang bakal merubah sejarah peradaban manusia dan makhluk sejagat. 

setelah beberapa lama, Bahira mendapati terdapat sekumpulan kabilah sedang menuju ke pohon itu. di atas rombongan ini kelihatan segumpal awan kecil yang bergerak bersama rombingan ini seakan-akan sedang mengikuti seseorang. bertambah takjub lagi apabila beliau mendapati sebaik sahaja rombongan menumpang teduh, ranting dan dahan pohon Sahabi seperti turun ke bawah untuk memayung dan meliputi seseorang. dan di situlah, Bahira menjadi sedar insan mulia lagi diberkati telah bernaung di hadapan matanya.

subhanallah... semoga satu hari aku dan isteri akan selamat sampai ke sana.. dan semoga satu hari nanti aku akan sampai ke mana sahaja Baginda s.a.w. pernah pergi. amin ya ALLAH SWT. 

Itulah tanda cinta kami suami isteri kepada ALLAH SWT dan Baginda s.a.w.yang tidak akan pernah berbelah bahagi.








  

Monday, September 22, 2008

Ramadhan al Mubarak


Marhaban....Ya Ramadhan


RAMADHAN
Marhaban....Ya Ramadhan Marhaban....

Ya bulan yang selalu banyak dinanti
Kurindu denganmu...rindu akan kesediaanmu untuk selalu bersamaku dalam lapar dan dahaga
Aku rindu padamu ya Ramadhan...kau selalu mau bersamaku berlelah dalam melakukan Shalat Malam
Marhaban....Ya Ramadhan Marhaban....Ya bulan Magfiroh dan berkah
Kau selalu akan berada di hatiku dalam aku mencari balasan ibadahku
Kau akan selalu bisa menemaniku dalam aku mencari pahala dalam bulanmu
Marhaban....Ya Ramadhan Marhaban....Ya bulan yang penuh akan rahmat
Aku ingin kau selalu mau membantuku dalam aku mengurung nafsu
Aku ingin kau juga mau ikut aku dalam aku beribadah
Marhaban.....Ya Ramadhan Marhaban

Wednesday, September 10, 2008

Batu-batu Aneh

Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan.

Sabda Rasulullah S.A.W :"Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah)

Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu: "Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahwa aku bersumpah bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."

Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu juga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai dihisab, ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya.Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut. Tetapi mereka tidak sanggup membiarkan lelaki itu disiksa.
Para malaikat azab berkumpul di situ. Semua malaikat itu menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut. Tapi tidak berjaya. Kemudian dia pun dibawa pergi ke pintu lain. Para malaikat berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tetapi masih tidak berjaya.
Batu-batu tetap mengikuti ke mana saja orang itu dibawa pergi. Akhirnya habislah keenam-enam pintu neraka dicuba. Para malaikat yang bertindak akan menyiksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tetap tidak berhasil. Sampai ke pintu neraka ketujuh, neraka itu tidak mahu menerima lelaki itu kerana ada batu yang mengikutinya. Kelihatan seolah-olah semua batu0batu itu menghalang lelaki itu daripada memasuki neraka.

Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang ketujuh. Di situlah Allah berfirman yang bermaksud :
"Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak akan mensia-siakan hakmu. Bagaimana aku akan mensia-siakan hakmu sedangkan aku telah menyaksikan bunyi 'syahadat' yang engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga."

Sebaik saja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga itupun terbuka lebar. Rupanya kunci syurga itu adalah KALIMAH SYAHADAH yang diucapkannya dahulu. Wallahu a'lam

Berkat Bismillah


Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah.

Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya.

Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya. Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."

Sumber: Kisah Teladan. (n.d.). Retrieved September 11, 2008, from http://www.al-munir.edu.my/kisah_teladan.html

Kisah dan Teladan


Lima perkara aneh."Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya.

"Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan perkara pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar sebuku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalanannya.

Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya.

Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa,

"Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu."

"Kedua, semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua."

"Ketiga, jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya."

"Keempat, jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat."

"Kelima, bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

"Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar."

Sumber:
Kisah Teladan. (n.d.). Retrieved September 11, 2008, from http://www.al-munir.edu.my/kisah_teladan.html

Wednesday, August 27, 2008

Pengantin yang bakal dijemput


PENGANTIN YANG AKAN DIJEMPUT...


Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..
Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..
Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..
Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka..
Wallahu A'lam...

Thursday, July 3, 2008

Talqin untuk kekasih...


"Tiap yang bernyawa akan mati dan akan disempurnakan balasan-balasan pahala kamu pada hari Akhirat kelak. Barang siapa yang dielakkan daripada tercebur ke dalam neraka dan sebaliknya dimasukkan pula ke dalam syurga maka dialah orang yang benar-benar beruntung dan berjaya. Adalah hidup di dunia ini ialah hidup yang suka-suka buat sementara yang penuh dengan tipu daya."

"Daripada tanah kamu telah KAMI jadikan iaitu untuk mencari ganjaran dan pahala, ke dalam tanah kamu KAMI kembalikan iaitu dijadikan untuk habuan ulat dan tanah juga."

"Dengan nama ALLAH dan dengan keagungan ALLAH, berpunca daripada ALLAH dan atas nama agama Muhammad Rasullulah inilah dia kiamat iaitu sesuatu yang telah dijanjikan oleh ALLAH dan benar sesungguhnya Rasul-Rasul itu bahawa tiadalah kiamat itu melainkan tempikan yang sekali sahaja dan tiba-tiba manusia itu semua mati."

"Wahai hamba ALLAH anak daripada hamba ALLAH, semoga kamu dikurniakan rahmat ALLAH. Dunia ini telah pergi meninggalkan kamu dan kamu pula telah meninggalkan segala perhiasan dunia. Sekarang kamu berada di alam barzakh iaitu satu alam yang bakal kamu tempuh untuk menunggu datangnya hari Akhirat."

"Oleh yang demikian, janganlah kamu lupa ikatan janji taat setiamu yang ada semasa kamu meninggalkan kami waktu menuju ke alam Akhirat iaitu pengakauan tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad itu Pesuruh ALLAH."

"Wahai polan binti polan, apabila dua malaikat yang kedua-duanya sebagai wakil dari ALLAH untuk menyoal kamu maka janganlah engkau terkejut, takut dan merasa gerun kerana kedua-duanya malaikat itu sama seperti kamu juga sebagai makhluk ALLAH S.W.T."

"Wahai polan binti polan, bila kedua-dua malaikat itu menyoal kamu:
"Siapa Tuhan kamu?"
"Siapa Nabi kamu?"
"Apa agama kamu?"
"Apa aqidah kamu?"
"Apa ikutan kamu?"
"Apa kitab kamu?"
"Siapa saudara kamu?"
"Apa keyakinan semasa kamu mati?"

'Wahai polan binti polan, jawablah:
"ALLAH Tuhanku."
"Muhammad Nabiku."
"Islam agamaku."
"Al-Quran ikutanku."
"Orang-orang Islam seluruhnya adalah saudaraku "
"Aku telah hidup dan aku telah mati, tetapi aku tetap dngan pengakuan bahawa tiada TUHAN yang disembah sebenar-benarnya melainkan ALLAH dan Muhammad itu sebenar-benarnya Pesuruh ALLAH."

"Peganglah wahai hamba ALLAH dengan keterangan ini dan ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau akan tetap tinggal di alam barzakh ini hingga ke suatu masa apabila sekalian penghuni kubur dibangkitkan kerana hendak dibicara dan diadilkan di depan ALLAH S.W.T."

"Ketahuilah, wahai hamba ALLAh bahawa sesungguhnya mati itu benar, masuk ke liang kubur itu benar, soalan-soalan Munkar dan Nakir itu benar, bangkit semula dari kubur adalah benar, pembicaraan kerana menghisab buruk baik amalan yang telah dilakukan adalah benar, timbangan menentukan mana yang lebih banyak di antara kerja-kerja yang baik daripada kerja-kerja yang buruk adalah juga benar, meniti Siratul Mustaqin menentukan sama ada ke syurga atau ke neraka adalah benar, syurga benar dan neraka juga benar dan bahawa sesungguhnya ALLAH akan menghidupkan semula sekalian penghuni-penghuni kubur adalah benar."

Firman ALLAH S.W.T. yang bermaksud:

"Wahai jiwa yang tenang dan tenteram, kembalilah kamu kepada TUHAN-mu dalam keadaan meredhai dan diredahi. Masuklah kamu ke dalam golongan hamba-hamba-KU yang soleh dan masuklah kamu ke dalam syurga-KU." (Al-Fajr: 27, 28,29, 30)

Rasullullah s.a.w. bersabda:

"Keberangkatan mayat itu diiringi oleh tiga hal iaitu keluarganya, harta bendanya dan amal perbuatannya. Yang kedua akan pulang kembali dan yang satunya akan tetap tinggal. Yang pulang ialah keluarga dan harta bendanya, sedang yang tinggal ialah amalannya." (Bukhari dan Muslim)