Wednesday, August 27, 2008

Pengantin yang bakal dijemput


PENGANTIN YANG AKAN DIJEMPUT...


Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..
Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..
Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..
Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka..
Wallahu A'lam...

7 comments:

From the Desk of ICMS said...

No comment :-)

wanita ayu said...

jadi jangan asyik berangan kalau dah tau masa 2 singkat bartaubat le jangan tau buat jer

mawar said...

Pengantin d jemput? salah tu jemputan untuk beradu selamanya
dah ready ke/
Ingat sebelum lupa
sihat sebelum sakit
sembahyanglah anda sebelum disembahyangkan
kita tak tahu bila kita akan diberi kad jemputan yg tak boleh ditolak

Kak Ram said...

terimakasih,bingkisan ini telah mengingatkan diri ini, bahawa jemputan pengantin ini akan sampai pada bilabila saat dan ketika.

From the Desk of ICMS said...

sajak yang sangat menyentuh hati

kay said...

Menarik dan amat simbolik.

kay said...

Menarik..