Saturday, June 21, 2008

Setangkai mawar setitis embun

Kalau kita ini pengembala kepada isteri dan anak-anak kita, apakah yang telah kita gembalakan pada tanggungjawab kita ini? Jalan mana yang telah kita seret isteri kita? Ke jalan mana yang telah kita pimpin anak-anak kita? dan ke dalam suasana apa yang telah kita tegakkan rumahtangga kita? Suasana Islamic atau suasana yang tidak Islamic?

Suami adalah pengembala isteri, anak-anak dan rumahtangga; adalah pendukung beban dan tanggungjawab yang amat berat.

Adakah kita telah mentarbiahkan keluarga kita tentang kefahaman dan kesedaran Islam? Sudah selesaikah fardhu ain isteri dan anak-anak kita? Sudahkah mereka menutup aurat? adakah mereka menerima Islam sebagai perjuangan secara muktamad dan syumul?

Dari Auf bin Malik r.a. berkata, " Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sebaik-baik pemimpin ialah yang kamu cintai dan cinta kepadamu dan kamu doakan dan mereka mendoakan kamu. dan sejahat-jahat pemimpin ialah mereka yang kamu benci dan membenci kamu dan kamu kutuk dan mengutuk kamu. Sahabat bertanya: Bolehkah kami menentang (melawan) mereka? Jawab Baginda s.a.w.: Tidak! Selama mereka tetap menegakkan sembahyang."

Rasulullah s.a.w. bersabda," Orang-orang ahli syurga ada tiga macam: Raja yang adil, mendapat taufik dan hidayah dari ALLAH S.W.T.. Dan orang yang kasih dan lembut hatinya pada sanak saudara dan orang Muslim. Dan orang-orang miskin berkeluarga yang tetap menjaga kesopanan dan kehormatan diri." (Muslim)

Kesimpulannya, Kita adalah pengembala dan kita akan ditanya (disoal) akan hasil dari pengembalaan kita di akhirat nanti. Berwaspadalah..

Thursday, June 19, 2008

Satu Senja di Alor Setar

Aku adalah pengembala pada hatiku. Pengembala pada nafsu. Pengembala pada fikiran dan otak. Pengembala pada mata, telinga, tangan dan kaki. Pengembala pada jasad dan roh...

Syaitan? mengembala kita pada jalan yang menyesatkan, kemungkaran, kemaksiatan dan kekufuran...

Dari Surah An-Nisa (120)," Syaitan itu memberikan janji-janji kepada manusia itu dan membangkitan angan-angan kosong pada mereka (manusia) padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka."

Persoalannya, adakah kita jadi pengembala pada angan-angan kosong yang panjang dalam diri kita...

Monday, June 16, 2008

sehelai uban di kepala bhg 2


Rasullullah s.a.w. bersabda," Fikirkan sajalah akan makhluk (apa-apa yang diciptakan oleh ALLAH S.W.T.) dan janganlah kamu semu memikirkan akan zat-NYA ALLAH S.W.T.

Hati berkata," Dari perumpamaan (contoh) bertambahlah ilmu pengetahuan dari mengingati bertambahlah kecintaan dan dari berfikir bertambahlah ketakutan pada TUHAN."

Setiap insan tidak akan terlepas dari empat perkara iaitu, ketaatan kepada ALLAH S.W.T., keengkaran (kemaksiatan), kerosakan dan keselamatan.

Jadikan amalan, setelah selesai mengerjakan solat subuh... berdialoglah kita pada diri kita dan didiklah hati kita ke jalan yang diredhai oleh ALLAH S.W.T. dan hendaklah selalu bertanya (mengetuk pintu hati) pada diri kita: Untuk apa hidup ini?

sehelai uban di kepala bhg 1

Apakah yang sedang berlaku dalam fikiranku? Apakah yang sedang berlaku dalam hatiku?

Mesti ada kuasa yang lebih besar... setiap insan yang berakal tidak akan mempersia-siakan umur dan akalnya, menghargai akal dan menggunakan akalnya bahawa ALLAH S.W.T. Maha Mengetahui dan Maha Meneliti segala perbuatan hamba-NYA baik yang tersimpan di dalam lipatan hati atau pun yang telah terkeluar sebagai amalan dan perbuatan...

Bahawa setiap jiwa akan dituntut, didakwa dan ditanya nanti di atas detik-detik dan tiap degup jantung dan tindak tanduknya di dunia walaupun sekecil debu bahkan lebih halus dari itu...

Kata Imam Ghazali, "Alangkah bahagianya seorang yang suka membuat perhitungan pada dirinya sendiri sebelum diperhitungkan amalannya pada hari kiamat nanti." Katanya lagi," Setiap hembusan nafas yang dikeluarkan dari hidung adalah rangkaian umur yang pasti akan ada penghabisnya. Setiap detik nafas itu bagaikan mutiara yang tinggi nilainya dan tidak ada gantinya apabila telah dilepaskan dan tidak dapat dikecapi lagi sekalipun dengan segudang harta karun".