Tuesday, July 2, 2013

sahabat Rasulullah s.a.w. yang masih hidup ke hari ini...

assalam.


lama tak buat entri. terlalu asyik dengan kehidupan. hari demi hari, tiba-tiba sahaja beberapa Ramadhan telah berlalu. namun aku tetap bersyukur ke hadrat ILLAHI kerana masih diberikan kesempatan untuk rukuk dan sujud pada-NYA, sedangkan diri aku ini insan yang penuh sarat dengan dosa-dosa. Takut aku untuk bertemu dengan-NYA kerana merasakan betapa kerdil dan hinanya diri ini. 

Semoga titipan sini menjadi amal bekal buatku sebelum ke alam sana. Ya ROBBi, ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapa dan mertuaku, dosa isteriku dan dosa anak-anak kami yang tercinta.

alhamdulillah... ALLAH SWT telah menyampaikan diri ke kota suci-NYA dan bertemu kekasih abadi, Baginda Nabi tercinta, Rasullullah s.a.w. di Masjidil Nabawi tanpa mengeluarkan barang sesen pun. mungkin di celah-celah kehidupan lalu aku pernah lakukan suatu kebaikan sehinggakan ALLAH SWT menganugerahkan aku dengan rezeki dengan sebegitu rupa... syukur Ya ALLAH SWT.  




dan semenjak kepulanganku, rindu untuk ke sana semakin mendesak. saban hari aku menahan hiba dan rajuk. di bumi barakah itu terasa bermakna, selamat, tenang dan dekat dengan TUHAN kita, ALLAH SWT dan kekasih-NYA, Nabi Muhammad Rasullullah s.a.w. 

mungkin di sana maksud kehidupan sebenar. semoga aku cepat-cepat kembali ke sana. jika aku ditakdirkan mati... biarlah ketika itu di sana saat aku sedang beribadah kyusuk kepada-NYA... amin.

Entri kali ini tentang sahabat Rasululah s.a.w. yang kekal masih hidup hingga ke hari ini. walaupun hidup aku hampir separuh abad, aku masih hairan dengan sesuatu yang tidak pernah aku ketahui selama ini. sahabat yang aku maksudkan adalah pohon 'SAHABI' - pohon SAHABAT.

untuk pengetahuan semua, pohon ini terletak di bahagian utara padang pasir Jordan. ia merupakan laluan dari Makkah untuk ke Syria. 150km radius kawasan ini langsung tidak terdapat sebarang pohon lain. pohon Sahabi ini besar, teguh dan segar walaupun pada hakikatnya ia dihaba terik mentari, bumi gersang dan tanah tandus.  




alkisah, seorang pendeta alim agama Nasrani bernama Bahira yang tinggi lagi mendalam ilmunya. beliau meramal akan hadir seorang Nabi hebat yang bakal berteduh di bawah pohon ini. sebab itu, Bahira telah menetap di sekitar kawasan pohon ini untuk menanti hadirnya Nabi mulia; iaitu satu 'Nama Besar' yang bakal merubah sejarah peradaban manusia dan makhluk sejagat. 

setelah beberapa lama, Bahira mendapati terdapat sekumpulan kabilah sedang menuju ke pohon itu. di atas rombongan ini kelihatan segumpal awan kecil yang bergerak bersama rombingan ini seakan-akan sedang mengikuti seseorang. bertambah takjub lagi apabila beliau mendapati sebaik sahaja rombongan menumpang teduh, ranting dan dahan pohon Sahabi seperti turun ke bawah untuk memayung dan meliputi seseorang. dan di situlah, Bahira menjadi sedar insan mulia lagi diberkati telah bernaung di hadapan matanya.

subhanallah... semoga satu hari aku dan isteri akan selamat sampai ke sana.. dan semoga satu hari nanti aku akan sampai ke mana sahaja Baginda s.a.w. pernah pergi. amin ya ALLAH SWT. 

Itulah tanda cinta kami suami isteri kepada ALLAH SWT dan Baginda s.a.w.yang tidak akan pernah berbelah bahagi.